Kejadian selepas peristiwa Kemalangan_Penuh_Bermakna

Para pemimpin Janissari dihukum bunuh dan harta benda mereka telah dirampas oleh Sultan. Anggota-anggota Janissari yang muda dibuang negeri atau dipenjara. Beribu-ribu anggota Janissari terbunuh dan oleh itu menamatkan riwayat pasukan elit ini.[1][2] Kumpulan Sufi dari Ikatan Persaudaraan Bektaşi, sebuah teras institusi Janissari juga dibubarkan, dan para pengikutnya dihukum mati atau dibuang negeri. Sebuah kor moden baru, Asakir-i Mansure-i Muhammediye ("Tentera Muhammad Yang Menang") telah ditubuhkan oleh Mahmud II bagi mengawal Sultan dan mengantikan Janissari. Ramai anggota biasa Janissari, terutamanya yang tinggal di wilayah-wilayah luar mula mencetus pemberontakan dan menuntut autonomi. Kristian di kawasan Balkan menjadi musuh akan jiran Muslim mereka dan mula bersatu untuk menentang pasukan tentera Turki yang datang dari Constantinople.[petikan diperlukan] Beberapa Janissari terselamat dengan kekal bersembunyi dan bekerja biasa.[1] Berikutan dengan kemusnahan Janissari, Mahmud II dengan serta merta telah memerintahkan periwayat istana, Mehmet Esad Efendi (sekitar 1789–1848), untuk merekod versi rasmi kejadian, Üss-i Zafer (Asas Kemenangan), yang mana dicetak di Constantinople pada tahun 1828 dan menjadi sumber utama untuk kisah-kisah Uthmaniyyah lain pada zaman ini.[8] Peristiwa ini membawa kesan buruk kepada Muslim yang baru memeluk Islam [Penjelasan diperlukan] dan masyarakat mereka di Balkan, yang mana kehilangan keistimewaan mereka, oleh kerana pemberontakan yang tercetus di seluruh Rumelia, terutamanya di Bosnia dan Albania.[petikan diperlukan]

Mengambil kesempatan kedudukan lemah ketenteraan di empayar Uthmaniyyah berikutan peristiwa ini, empayar Rusia memaksa Uthmaniyyah untuk menerima Konvensyen Akkerman pada 7 Oktober 1826.[9]